Kisah BancoSol, iaitu bank swasta yang pertama bagi usahawan mikro
ACCION International ialah organisasi swasta bukan keuntungan berpangkalan di Amerika Syarikat yang kini menawarkan bantuan teknikal kepada rangkaian institusi di tiga belas negara di Amerika Latin dan enam bandar di Amerika syarikat. Rangkaian lapan belas organisasi bebas di Amerika Latin telah memberi pinjaman lebih $1 bilion kepada usahawan mikro sejak lima tahun lepas iaitu pinjaman pada kadar kurang $500.
Tiga institusi yang paling maju dalam rangkaian ACCION memulakan program sebagai organisasi bukan keuntungan dan dalam masa lima tahun kebelakangan telah bertukar kepada institusi kewangan yang menjadi sebahagian sistem kewangan tetapi khusus pada sektor kewangan mikro. Salah satu yang paling berjaya ialah BancoSol di Bolivia.
Kumpulan Perpaduan
Banco Solidario, S.A., atau Bancosol pada tahun 1986 merupakan usaha sama bukan keuntungan oleh komuniti perniagaan Bo- livia dan ACCION International. ACCION membawa kepimpinan dan modal sementara komuniti perniagaan menyediakan teknologi dan metodologi. PRODEM iaitu nama program itu menyediakan kredit dan latihan untuk meluaskan peluang pekerjaan kepada golongan miskin yang bekerja sendiri, menggalakkan pelaburan dalam perniagan mikro dan meningkatkan pendapatan daripada sektor ini. PRODEM menggunakan teknik peminjaman kumpulan iaitu "kumpulan solidariti" dan mula membuat pinjaman modal kerja yang kecil.
Dalam lima tahun pertama operasinya, PRODEM membiayai pinjaman lebih 13,300 usahawan mikro, 77 peratus daripadanya wanita, mengeluarkan lebih $27 juta pinjaman dengan purata $273. Kadar tidak membayar semula hampir kosong pada waktu ini. Dalam masa lima tahun ia gagal mendapatkan semula hanya $2,000 daripada $27 juta yang dipinjamkan.
Banyak faktor yang menyebabkan kejayaan PRODEM. Yang paling penting ialah komitmen organisasi pada kualiti total termasuk 100 peratus pembayaran semula, pelaburan dalam latihan pekerja dan sistem pengurusan maklumat yang kuat. Menjelang akhir tahun 1991, PRODEM mempunyai portfolio $4 juta dan sedar bahawa walaupun berjaya, ia hanya mencapai peratus pasaran yang kecil.
Permintaan yang tinggi serta keinginan PRODEM untuk menyediakan perkhidmatan simpanan kepada peminjam dan akses kepada pasaran modal bagi mendapatkan wang, menggerakkan pemimpin-pemimpin PRODEM ke arah transformasi institusi bukan keuntungan ini kepada syarikat bank komersial bertauliah yang khusus pada kewangan mikro-yang pertama di dunia.
Transisi memerlukan tempoh dua tahun yang bermula pada tahun 1989. Proses itu termasuklah meningkatkan ekuiti modal yang diperlukan oleh undang-undang Bolivia sebelum ia dapat menauliahkan bank; merangka struktur kewangan bank serta pelunjuran keuntungan; merangka latihan staf; dan memenuhi keperluan Bolivian Superitendency of Banks.
BancoSol membuka pintunya pada tahun 1992. PRODEM memindahkan portfolionya sebanyak $4 juta pada BancoSol sebagai tukaran kepada saham, menjadikan PRODEM sebagai pemegang saham terbesar bagi bank yang baru ini. Pemegang saham lain termasuk ACCION, Calmeadow dari Canada yang begitu insturmental dalam pembentukan bank ini, Fundes dari Switzerland dan ICC, badan persendirian bagi International-American Development Bank.
Kecil adalah menguntungkan
Selepas empat tahun beroperasi, BancoSol memberi khidmat pada hampir 70,000 pelanggan menerusi 29 cawangan. Ini meliputi 40 peratus daripada semua pelanggan dalam sistem perbankan Bolivia. Amat menarik bahawa walaupun kerugian pinjaman BancoSol terus rendah, pelanggannya yang kebanyakannya terdiri daripada golongan miskin khasnya wanita yang memerlukan pinjaman kecil dianggap sebagai tidak layak menjadi pelanggan oleh bank-bank lain. Kini, BancoSol memberi pinjaman kira-kira 80 juta setiap tahun dan pinjaman jangka pendek berpurata sebanyak $600. Portfolio BancoSol ialah $35 juta iaitu suku daripadanya dibiayai melalui deposit. Rancangannya ialah untuk terus mengembangkan cakupannya di Bolivia, meningkatkan mobilisasi simpanan dan mengekalkannya sebagai bank untung untuk golongan masyarakat yang tidak pernah mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan.
Kejayaan BancoSol telah membantu mengubah sistem kewangan Bolivia. Pada tahun 1994, Superitendency of Banks mewujudkan sejenis institusi kewangan terkawal untuk membolehkan organisasi bukan keuntungan yang kuat dari segi kewangannya supaya terkawal dan boleh mengembangkan perkhidamatan kewangan kepada sektor ini. Institusi di negara-negara lain juga belajar daripada pengalaman BancoSol dan mengubahsuaikannya untuk negara masing-masing. K-Rep di Kenya, Accion Comunitaria del Peru, Genesis di Guatemala, misalnya mengikut langkah BancoSol dalam rancangan dua tahun akan datang untuk menjadi institusi kewangan terkawal yang khusus dalam kewangan mikro.
MARIA OTERO, dari Amerika Syarikat ialah naib Presiden Eksekutif bag ACCION Internationl. Beliau penyunting bersama bagi The New World of Microenterprise Finance (Kumarian Press, 1994) dan telah menulis beberapa kajian serta rencana tentang usahaniaga mikro serta isu-isu berkaitan.
Copyright 1998 Computing Research Lab.